Kenali qaseh Gold

Monday 30 October 2017

6 Punca Anak Sembelit

6 Punca Anak Sembelit seperti dibawah ya.

1. Sengaja tahan berak

Mungkin anak-anak terlalu teruja bermain dengan kawan atau tak biasa dengan tempat baru, mereka ada kecenderungan untuk tahan berak kerana tak selesa.

2. Alahan susu

Alahan kepada susu lembu juga punca terjadi sembelit pada anak anak dan paling teruk sekali kembung dan berdarah.

Memang Kak Chah pernah ada pengalaman anak Kak Chah sendiri. Anak Kak Chah mempunyai sembelit yang serius juga, so jumpa doktor dan doktor cadangkan minum susu yang free laktos contohnya susu dari soya atau sayur.

3. Masalah ketika latihan tandas

Mungkin anak terteka  apabila selalu dimarah ketika latihan ke tanda, membuatkan mereka tahan berak dan akhirnya jadi sembelit.

4. Tidak aktif

Pergerakkan fizikal membantu perjalanan najis melalui usus, proses ini dinamakan proses peristalsis. Oleh itu, anak anak digalakkan bermain dan bersenam.

5. Ubat ubatan

Ada sesetengah ubatan yang membuatkan mereka sembelit, jadinya galakkan anak anak minum air yang banyak. 

Jika mereka tidak mahu minum air yang banyak, boleh juga berikan susu. Tetapi pastikan scoop susu sedikit dan air banyak, contohnya satu botol yang isupadu 10 ml, pastikan 2 scoop susu sahaja dimasukkan. Tujuannya untuk banyakkan cecair dalam badan.

6. Kurang air

Kalau makan serat tapi tidak cukup air pun tidak menjadi juga. Mereka yang kurang air akan menjadi sembelit. Apa kata berikan mereka 8 gelas air setiap hari. Sebaik baiknya air kosong ya. 

Ibu ibu mesti kreatif ya. Kreatif contohnya seperti berikut.

kalau nak main ditaman kena habiskan 1 gelas air kosong baru boleh ke taman.

kalau nak tengok cerita kegemaran, mesti minum air dulu, baru boleh tengok cerita ya.

Ada cadangan lain, korang boleh komen ya. Kita kongsi sama sama.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang

019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment